22 May 2009

Suatu Masa Dulu...

Salam

Lama dah rasa nya tak masuk sekolah lama aku, S.M.K Matu...
Banyak kenangan pahit manis kat situ tapi mostly manis le...
Entry kali ni aku buat tema "S.M.K Matu diKala Banjir"...
Hehe...dulu,masa banjir la paling happy.Kalau nak tau,dulu banjir akan melanda hujung tahun sehingga awal tahun.Jadi cuti akhir semester kami kat sekolah selalu berlanjutan...
Biasalah,fikiran budak sekolah!!!Cuti,cuti,cuti!!!! (tp tak suma,kebanyakan je)
Enjoy la sikit pic S.M.K Matu ketika musim banjir.Macam sekolah terapung pun ada.
Ada gak aku dengar orang luar cerita sekolah ni digelar "Sekolah Atas Kayangan"!!!
Nak tau kenapa??Sebab kami pergi kemana mana dalam sekolah ini menggunakan jambatan!!!Jadi tak pijak tanah la!!!haha!!
Tu pasal kalau banjir,sekolah ni tak rosak seperti yang selalu kita dengar pasal sekolah lain yang turut dilanda banjir.Seperti yang selalu berlaku di kawasan Semenanjung Malaysia...


Jalan dari kawasan asrama,quaters guru dan surau


Pemandangan quaters guru yang kini ditukar menjadi bilik kelas...


Happy la dalam hujan kan???hehe.
Kalau anda nak tau,pernah suatu ketika ni kan,masa banjir gak la.Masa tu aku masih lagi bersekolah rendah.Ikut la mak cik aku gi tadika tempat dia mengajar yang tak jauh dari sekolah ni...Kan hadapan sekolah lama aku ni ada padang tenis dan volley ball.Masa tu la ramai pelajar asrama yang tak balik kampung semata mata nak main dalam banjir!!Meriah sangat masa tu!! Macam pesta air pun ada gak.Guru guru pun ada yang join gak!!! Diorang siap buat formasi kereta api tau!!! Cantik sangat!!! Ada gak yang main polo air..
Air banjir kat kampung aku bukan bewarna kuning coklat yang anda selalu tengok dalam TV tu!! Kat sini kan pedalaman..so air dia warna hitam kemerahan..tapi jernih sikit.Kalau nasib baik,masa banjir kilat,air dia jernih sangat!!!


Pemandangan dari menara air...


Yang tengah tu kelas aku masa darjah satu dulu...


Banjir dan banjir......


Ruang antara kelas.Kat sini le selalu diadakan pemilahan wakil rumah sukan untuk acara lompat jauh dan lompat kijang sempena mengambil ruangnya yang panjang dan sesuai...


Menara air..tapi ni dulu..sekarang dah berubah wajah...

3 kritikan dan umpatan:

Anonymous said...

wah.. mmmg byk dah kemajuan blog kawan aie.. haha..
btw.. entri n pic kali ini.. mmg menarik.. mmg layak la smk matu diglr sbgitu.. dengan keadaan tidak berpijk di tanah...btw.. pic yang is uplaod mmg cntik.. nmpk macm sek dlam taman. hehe..

rasmoissalle said...

hehe,thanxs cik ora!!!

ala ala crita jula juli!!!

Ya gambar lamak bah...masa banjir dolok..

Kemajuan??biasa jak.tambah widget sikit sikit...hehe..sik la visitor boring!!

SEJARAH 101 said...

Wah! Masih ada yg berminat dgn gambar-gambar ni.
Gambar ni saya yg ambil dulu sekitar tahun 2003 kalau tak silap. Kecuali gambar dari atas tangki diambil oleh Cikgu Yusof.

Apa pun, SMK Matu sememangnya happening!

En Hanapi
SMK Matu (2001-2005)