07 February 2014

ದಿ ಲಾಸ್ಟ್ banjir

Hujung tahun lepas telah berlaku banjir sekali lagi kat kampung aku seperti tahun tahun sebelumnya. Hanya dua tahun yang lepas je tak berlaku banjir. Mahu tidak mahu kejadian banjir pasti berlaku.

Bak kata orang tua tua, banjir pasti takkan surut selagi Tahun Baru Cina belum menjelma. Entah apa kaitan dan macamana orang orang tua kat kampung aku boleh relate teori tu-banjir dan tahun baru Cina. memang la sukar nak percaya tapi macam betol je??? Memang banjir akan surut masa tahun baru cina, rasenye la. Mak aku cakap,slagi belum Tahun baru Cina, selagi tu banjir tak surut. Banjir banyak merencatkan aktiviti seharian aku kat kampung. nak buat mcm mana, dah ketentuan Yang di-Atas... pasti ada hikmah disebaliknya. 

Banjir di kampung aku la antara paling unik sebab airnya tidak berkelodak dan tidak berwarna kopi( eh?) haha!!! Walaupun tak jernih tapi air dia ok dari air banjir di semenanjung Malaysia... masih boleh nampak lagi bayangan rumah dalam air tu kalau kita tgk. Seakan akan airnya jernih, walhal tidak. Airnya berwarna seperti air teh (tak boleh diminum tau!!! haha!!)