26 February 2013


Assalamualaikum semua...

Lama dah tak 'post' kat blog ni... bak kata pepatah blogger "sudah berhabuk bersawang pula" hehe!!!

Sebenarnya banya idea dan buah fikiran ingin diterjemahkan dalam penulisan blog tetapi kadangkala idea itu menghilang begitu saja.

Bila dah start online dan ingin update blog, idea yang datang membuak buak tadi lenyap entah kemana? Macam mana pula tu?

Cuti semester ini terasa sangat singkat. Masih belum puas bercuti... hehe!! Ada juga buat projek untuk mengisi masa cuti. Projek apakah itu ???
Haha !!! Tak apa apa sebenarnya. Just projek seni (seni ke?) seperti buat bunga ros dari reben.Bunga ros dari reben ni sebenarnya dah lama dalam internet
dan kat negara barat. Just sekarang baru nak popular kat Malaysia ni. Sebenarnya kraf bunga tiruan ni boleh dihasilkan daripada pelbagai medium seperti fabrik,
kertas, plastik, bahan semulajadi seperti daun kering dan sebagainya. Reben tu aku beli kat Kuching dan selebihnya aku minta 
dari makcik aku yang dia beli dari kedai Supersave. Tak sempat nak ambil gambar bunga ros tu. "Plan"nya nak buat kusyen bunga ros atau bunga ros tu sebagai
'soft furnishing'

kira macam ni la bunga ros reben tu tp tidak sama dlm gambar

Selain itu, cuti ni aku habis kan dengan aktiviti memuat turun mp3 dan video seperti filem terbaru. Cara ni lebih 
senang dan mudah walaupun 'illegal'
Lagipun  pawagam terdekat sangat jauh. Kebanyakan video dan mp3 didownload menggunakan youtube dan torrent.