23 May 2012

Pengalaman menemui KUMBANG EMAS

Lama dah tak post kat blog ni..hehe... sibuk sangat dengan kehidupan sebagai seorang siswa. Exam dah nak dekat. Makin dekat exam terasa makin malas. Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk melawan kemalasan dan pertingkatlah kerajinan diri ku...

~

Tadi masuk ke web UNIMAS. Terbaca pasal artikel penemuan katak terbaru di Borneo oleh seorang saintis Indraneil Das dari UNIMAS ketika  ekpidisi ke hutan hujan Gunung Singai di Sarawak. Teringat pula kenangan masa sekolah rendah dulu. Masa itu baru darjah enam. Aku dan kawan kawan tengah menunggu untuk kelas tambahan selepas Maghrib. Sementara menunggu, kami borak borak dan menikmati petang bertukar malam. Biasalah bila waktu senja. unggas semua keluar. Senja adalah waktu "kerja" bagi unggas dan serangga. Ketika itu pertama kali dalam hidup ku terjumpa kumbang berwarna emas berbintik hitam. Ya,betul betul berwarna EMAS !!!! Kumbang itu kecil sahaja. Bagaikan replika kumbang yang diperbuat dari emas. Subhanallah. indah sekali ciptaan Allah itu. Biasalah budak budak kan, waktu itu belum tahu lagi nak menghargai keindahan alam. Baru sekarang aku terfikir betapa ruginya aku tak simpan kumbang itu. Masih tertanya lagi, macam mimpi pun ada. Kemudian aku tunjuk lah kepada kawan kawan aku. Mereka pun cakap tak pernah lagi jumpa kumbang sebegitu rupa. One in A Million. Mungkin kumbang itu telah dijumpai orang lain dan dan sudah diarkibkan dan mungkin aku belum tahu orang lain seperti saintis telah menemuinya terlebih dahulu, Wallahualam...