25 May 2014

Red Carpet Anugerah Bintang Popular 2013 di Putrajaya International Convention Center

Tiba tiba blog aku jadi blog pengkritik fesyen sebentar.. haha...

Tengok Anugerah Bintang Popular 2013 tak ??? Pertama kali bersiaran dari Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tahun sebelumnya biasanya diadakan di Kota Judi(wah!!)-Genting Highland,Kota Keriangan...

 Hambar sikit rasanya suasana dalam dewan tu. Banyak ruang tempat duduk yang kelihatan kosong. Adakah ramai selebriti dan penonton yang tak hadir? Sampaikan Jasmin Hamid terpaksa menyuruh penonton bertepuk dan bersorak!!! Tak da persembahan yg bertaraf UMPPHH dn WOW seperti persembahan Dato Siti Nurhaliza-Ku Mahu, opening ABPBH 2007. Tapi ada yang tak mengecewakan seperti Liza Hanim, Nora, Dayang Nurfaizah,Hyper Act, En.Mimpi,Zainal Abidin dn yg last skali. Mawi dn Dato' AC pun ok.

Tak terasa sangat kemeriahannya....

KREDIT UNTUK ROTIKAYA UNTUK GAMBAR...

Ok, nak cakap pasal fesyen dan busana yang dikenakan para selebriti.

Kita mula dengan Bintang Paling Popular Berita Harian 2013

Suka dengan pemilihan warna oleh Aaron Aziz. Sut tajaan Lord Tailor. Warna ungu kundang dengan motif floral dengan bow tie hitam sangat padan.

Achey juga tidak mengecewakan dengan sut putih tapi rasenye perincian di kaki tu tak perlu kot. Lagi sedap mata memandang kalau perincian warna biru tu ada kat bahagian atas je

Baju Zara Zya ni sebenarnya ada trick tau. Sebenarnya dia tak le pakai baju paras kemban tapi ada kain warna kulit yg berlabuci hingga ke bahagian tengkuk.. Baju ni lawa tp sangat kepengantinan,,haha.. aura pengantin yang kuat.. Entah la.. macam tak sesuai pula.

Warna yang menarik dari Shah Iskandar. Kontras dengan warna kulitnya.. kalau pakai bow tie macam Aaron Aziz lagi smart kot. Kasut pun rasa nya tak sesuai warnanya dengan baju dan seluar. Brown on the bottom!!!

Baju ni dalam tv tak la menarik sangat. Tapi dalam gambar look nice.Typical style je tp look nice on her... Tahniah dapat dua awards.. Mungkin warna baby violet tu yg mungkin boleh ditukar warna lain

Just ok.. Entah kenapa hafiz macam sakit je dalam TV semalam. Warna earth yang terlalu safe... simple brown jacket dan seluar hitam... No drama here... Tahnia hafiz menang. Harapkan Hafiz yg bawak balik Bintang Paling Popular tu. hehe!!

One of my favorite color. Smart je Akim pakai ni... Kasut pun sesuai tp kalau pakai leather yg berkilat lagi gempak kot..

Silhouette yang sesuai untuk Neelofa. Kali ni la baru ok tak seperti baju kat anugerah era meletop tu..buruk sangat.. Baju ni tak terlalu menjerit..sangat sesuai untuk majlis glamour sebegini. Tak terlalu sarat.

 Tak sesuai la. Dah le besar. macam menggelebeh pun ada. Warna dah ok tapi kalau jacket tu lebih fit dan pendek mungkin lebih menarik dan rambut Sofi diikat kebelakang.

Orang kacak pakai apa pun segak. Nice color tone dari Lord Tailor. Warna violet yang cantik dengan shirt biru. Stylo!!

Cantik nye Jihan Musa malam tu. Warna kuning air yang menyerlahkan Jihan..Makeup pun cantik. Tak kenal mula mula kamera fokus kat Jihan tu... Berbaloi sokong Jihan start dari Raja Lawak lagi.

Sma cantik sama padan.. Dua dua warna yang menarik...Almy Nadia kalau tak pakai either subang or kalung tu.Pakai satu je lagi menarik. Skirt dia kalau warna satin hijau gak pun lagi cantik berbanding skirt berlabuci hijau tu. Fizz nampak segak dalam warna coral peach tu.

Ammar tak mengecewakan. Baju Izreen kalau yg inner top dia warna peacock blu yang sama sengan warna skirt mungkin lebih menarik.

Awi Rafael look stunning in this attire..!!! nice...

Eja nampak macam sarat sedikit. kalau baju macam ni tak perlu lengan pun kembang. Just baju je kembang ok kot atau lengan sahaja tanpa kedua duanya kembang. Atau lengan baju tu too kembang. Skirt patut sama warna dengan baju.. Yang kat sebelah tu tak ingat siapa. Tapi strips tu agak annoying... cuba lace flora je tadi mungkin ok

Rasanya ribbon tu terletak di tempat yang salah. Warna yang cantik untuk kulit Lufya.

Macam ramah tamah Aidilfitri.. haha!!! It is ok to dressed like this but has to add a bit of glamour touch... Mungkin sut dengan samping...

Entah la apa budak budak ni fikir..haha.. Walaupun temanya berkaitan alam, tak semestinya pakai sesuatu yg natural seperti baju batik ikat. 

Booth look nice, Dina look gorgeous in that hair !

 Nice cuma Pekin nampak macam berumur pula dengan gaya rambut sebegitu.

Didie Alias tidak gagal dalam berpenampilan pelik tapi jelik.. haha!! kadangkala je idea dia berkesan dan meninggalkan efek dramatik tapi kebanyakannya kelihatan seram. Jovian dan Saiful kelihatan ganteng!!!


Ada paku pakis di dada ku.. haha!! nice try tp warna skirt sepatutnya sedondon dengan warna bahagian atas baju.. but nice...

Felixia tampak ayu. But I wish bottom dia tak djahit seperti pergelangan tangan which is attach with another fabric... Teruskan aje warna ungu hingga ke bawah...

Nice try dari Mizz Nina tp berharap jacket yang bersambung hoodie tu ada style lain. Sedikit structure dan jacket tu tak kelihatan leper dan tegang.

 Dira look amazing. Electric blue sangat "in" untuk tahun ini... 


Warna Baby Blue yang menarik dari AG

Pak Nil in red.. Ala futuristik style pun ada tapi nice.. Pak Nil katekan...

Faizal nampak segak and great!!!

Kombinasi warna yang menarik dari Farawahida. Tak seksi sangat. Nice amount of fabric...

Baju Fauzi ok tapi Lisdawati agak kurennnggg...mungkin corak floral dengan warna yang terlalu lembut.

 Hazlin nampak sweet dan mewah denganwarna hijau diraja ini... kawannya pun cantik bajunya.

 Ratu Rania Gold..huhu... cantik warna emas tu atas Jasmin...

 Hanis Zalikha, one of the best dress that night. Semuanya sempurna.. Perfect!
Kurang glamour pilihan baju Amira dan Dzarin ni.. Agak kasual.

 For me, this dress is killer!! Serious cantik dengan Emma Maembong. Walau ada yang kaitkan dengan Temple Run(macam kes baju Neelofa anugerah era) tu tapi tak kesah la.. tetap marvelous!!! 

Tasha Manshahar ke ni? cantik nye gold dress ni. Tapi baju couple lelaki tu mungkin corak floral gold tu patut letak kat tempat lain selain kat tangan.

Mungkin ada pilihan yang lebih baik untuk ka Dibah? Pernah tengok dia pakai yang lebih ok.

 Kan dah cakap Electric Blue memang "in" tahun ni... Tapi kasutnya terlalu kontras dengan warna baju Adi Putra. 

 Putihnya Adira!!! haha!!! Cantik Adira dalam warna ni.. macam artis Korea.

Jacket tu menutup baju sebenar Alyah.. Wish that turban in different color...

Amazing!!! Rambut Ayu Damit sesuai dengan gaun yang dikenakan... Bajunya pun tak revealing !!! Beautiful!!!

 Didi and friend... Cool

Too bright... Kontras sangat warnanya... Rahim dan Ebby Yus

En Mimpi dan Nomad.. Nomad segak. Kombinasi warna baju En.Mimpi agak tak sesuai.

Erra always stunning tapi lebih ramai lagi selebriti perempuan yang mempunyai style baju lebih baik dari Erra malam tu. Salah designer mungkin? terlalu biasa..

Hazama dan Shahir. Both look dandy!!! Nice looking gentlemen. 

Both look stunning... Hisham Hamid dan Isteri

 Indah Ruhaila ke ni?

 Bahagian atas baju Izara mungkin terlalu besar dan menggelebeh. Warna baju dan make up perfect sangat! sayangnya style baju tu macam tak menyerlah... But she look ethereal 

Si botak.. Johan Ashaari. Just ok...

Kiran nampak kemas. Tak terlalu glamour juga tak terlalu biasa.. 

Bad girl persona.. Sesuatu yang lain dari Nabila Huda. Shortsnya mungkin sedikit besar dan jacketnya mungkin agak besar sedikit. Tapi best juga tengok sesuatu yang lain.

Nelydia kelihatan anggun dalam persalinan ini. Tak terlalu sarat dan corak itu memainkan peranan tersendiri.

Nora Danish always stunning!! So pure... sesuai dengan style rambut dan make up Nora.

Raja Ema kelihatan mewah.Perincian di bajunya terletak di tempat yang sesuai.

Cantik baju Raja Ilya ni tapi too sexy for Malaysia weather.haha!!! belum tgk bahagian belakang lagi

Peter Pan pun ada??? haha!! Jelik... (Boy Iman)

Saheizy Sam also always look stunning!


 Syarul dan kawan yang berbaju putih kelihatan segak. Sesuai dengan ketinggian mereka. 
 Wak Doyok in da house!!! Tapi macam pernah ku lihat style nya ini(same style and color)

 Waris-mungkin bukan seluar jeans. Cuba style yang berbeza di masa hadapan.

Zizan pun tak kalah segak

Sekali lagi warna bahagian atas yang tak sesuai dengan warna bawah. Kadangkala bling bling dan glittering fabric mungkin akan kelihatan murah jika gayanya tak betul..