17 January 2016

BETOL ke BOHONG ?

Di dunia ni macam macam ada. Macam macam benda terjadi. Yang ajaib, aneh, luar biasa dan macam macam lagi.

Entah boleh percaya atau tidak.

Sebagai contoh pisang yang berbuah seribu dalam satu tandan, pokok kelapa bercabang (ada dua dahan.pokok kelapa kan lurus je!) , buah gergasi dan pelbagai lagi keanehan alam semulajadi.

Nak kongsi sikit gambar pisang gergasi ! Besar gedebak pokok pisang tu !!! Katanya tumbuh di Indonesia tapi tak pasti pula di daerah dan provinsi mana. 




14 January 2016

HARRY POTTER : DULU DAN SEKARANG

Bagaimana agaknya rupa para pelakon filem Harry Potter sekarang setelah siri filem itu tamat? 


Perbandingan wajah para pelakon ketika filem itu mula ditayangkan dengan sekarang ! Ada yang berbeza!

Daniel Radcliffe

Emma Watson

Rupert Grint

Tom Felton

Matthew  Lewis

Robert Pattinson

Bonnie Wright

James Phelps dan Oliver Phelps

Evanna Lynch

Alan Rickman

Robbie Coltrane

Richard Harris

Maggie Smith

Happy Birthday Siti Nurhaliza

Dilahirkan pada 11 Januari 1979, Dato' Siti Nurhaliza merupakan seorang penghibur yang sangat  

dihormati dan terkenal di Nusantara. Beliau juga merupakan seorang pencipta lagu, penulis lirik, 

penerbit lagu, pengacara dan usahawan yang berjaya.



Sejak mula melancarkan karier, beliau telah banyak memenangi pertandingan dan mendapat

penghargaan baik dari dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Beliau telah menjadi inspirasi

kepada ramai orang. Bukan hanya bersandarkan bakat, tetapi beliau juaga terkenal dengan sopan

santun dan budi pekertinya yang baik. Tidak hairan lah beliau masih releven dan terkenal sehingga

hari ini sejak memulakan karier dari tahun 1996 lagi.

Apa apa pun, post ini adalah khusus untuk Diva Nusantara,Siti Nurhaliza. Selamat Ulang Tahun

Lahir !!!!




05 January 2016

The Famous Sarawak Desert : Gula Apong Ice Cream

Kalau pergi Kuching kan mesti ada yang cari Aiskrim Gula Apong. Tak pasti lah sejak tahun bila dah ais krim gula apong tu dihasilkan.

Tapi kalau aiskrim Malaysia (dalam bentuk tiub panjang) berperisa gula apong tu, sejak dari sekolah rendah lagi pernah rasa. Hasil tangan Mak Cik Manis. Pengusaha pipus terkenal dari Daro. Isteri kepada cikgu Matematik sekolah rendah aku dulu.

Trend aiskrim gula apong ni rasanya bermula hujung tahun lepas. Apabila ramai individu mengusahakan jualan aiskrim gula apong baik berskala kecil seperti dari rumah atau di "stall" makanan dan restoran.

Memang laris lah ais krim gula apong ni. Sampai orang beratur nak beli. Aku antara pelanggan yang pernah beratur untuk membeli aiskrim gula apong ni baik yang di Kuching( depan bangunan Elektra House) dan di Kota Semarahan.

Hujung tahun lepas aku dan keluarga jalan jalan ke Sibu. Makan malam kat warung pak Somet kat tepi Hotel Paramount tu. Adalah dijual ais krim gula apong. Boleh tahan lah tapi yang kat Kuching lagi sedap rasanya. :) Bawah ni rupa asikrim tu....