06 January 2013

Bunga mawar @ ros

Bunga seringkali dikaitkan dengan keindahan. Bunga juga dikatakan mempunyai aura tersendiri. Bunga dijadikan lambang kebangsaan seperti negara kita Malaysia yang menjadikan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Bunga tidak dinafikan menjadi sebahagian hidup kita. Pelbagai fungsi dan kegunaan bunga diaplikasi dalam kehidupan kita. Aku sendiri tidak menafikan bunga adalah salah satu obsesi aku. Sama ada menanam bunga, menjadikan bunga sabagai hiasan, tertarik kepada motif dan rekaan yang mempunyai imej bunga sehingga menghasilkan kraf yang berbentuk bunga. Bunga yang paling aku suka adalah bunga ros. Selain itu ibu aku yang tersayang dipanggil dengan nama 'Ros'..  hrmmm :)


Suka sangat buat bunga ros tiruan ni sama ada dari material kertas,plastik,riben mahu pun fabrik.. Gambar bunga ros seperti si atas selalu aku buat. Pernah buat ros seperti dalam gambar tu untuk pameran Ko-Q di universiti aku..ramai yang memuji dan siap ada orang yang belajar lagi cara nak buat ros itu walhal booth kami adalah untuk menerangkan aktiviti kokurikulum kami...


Mak aku sekarang pun tengah bisnes brooch ros macam kat gambar atas tu..Comel kan?? adalah aku cari tutorial dia dalam internet beberapa hari ni tapi macam susah pula nak buat. Cuti nanti nak buatla..