20 January 2014

Idea barang hantaran


Salam semuanya... :)

Kembali menulis setelah lama menyepi. Untuk kali ini, nak buat tema perkahwinan. Maksudnya apa yang aku tulis kat sini berkisar majlis perkahwinan. Al-maklumlah dua tiga orang kawan aku bakal mendirikan perkahwinan. 

Hari tu semasa belum balik rumah di kampung, ketika masih di Kuching, aku sempat temankan kawan aku untuk beli kain baju pernikahannya dengan tolong mencari kedai yang menjual baranagan untuk hantaran. Adalah pergi satu kedai ni yang menjual kelengkapan majlis persandingan,pertunangan,hantaran dan yg berkaitan dengannya. Dalam kedai ni pun banyak bunga plastik. Cantik cantik semuanya. Harga pun berpatutan. Kedai tu berdekatan balai polis Kuching yang tepi Plaza Merdeka tu... tak sempat nak ambil gambar dalam kedai tu. Aku sempat la rembat bunga plastik 7 jambak. Ideanya untuk hiasan hari raya ni. Beli awal sbb nanti tak kalut nak cari hiasan rumah. hehe!!!. Aku ni jenis yg suka hias rumah. Ada ada saja idea untuk hari lebaran. Bunga kat sini serendah dari rm3 sejambak kecil. `Plan' nya nak kumpul bunga tu sikit sikit-bei sikit sikit lama lama jadi bukit!!! haha!!! maksudnya beli dlm kuantiti sikit sikit je. Tak mampu nak beli banyak banyak. 

By the way, kawan aku jadi beli dulang hantaran yang dah dihias kat situ. Sebenarnya aku nasihatkan dia untuk buat sendiri je. Tak banyak pun kena buat kalau gubah barang hantaran sendiri. Kosnya lebih murah kalau buat sendiri... Ada gak kawan tanya kenapa aku familiar dan biasa dengan persiapan perkahwinan,hantaran dan baju untuk majlis perkahwinan? Sebabnya aku minat dan aku dah biasa dari kecik lagi tentang hantaran sebab mak aku dan makcik aku biasa buat gubahan dulang hantaran. Family aku pun kerap orang pinjam dulang hantaran tembaga untuk majlis perkahwinan. So,it is no big deal for me actually... !!!

Jadi, aku nak share sikit apa yang boleh dijadikan barang hantaran baik dari pihak lelaki kepada perempuan atau dari pihak perempuan untuk lelaki.



Idea barang untuk diberi kepada pasangan lelaki :

1. Al-Quran
2. Songket
3. Kain pelikat
4. Tuala dan kelengkapan set bilit tidur seperti cadar, selimut dan sarung bantal
5. Songkok dan sejadah
6. Minyak wangi dan toiletries
7. Kelengkapan barangan seharian lelaki seperti dompet,tali pinggang,tali leher,cuff-link dan sebagainya
8. Baju batik, kemeja, T-Shirt dan juga seluar (jangan seluar dalam o.k!! haha!!!)
9. Kasut, capal, sandal, dan stoking
10. Gadjet - telefon bimbit, tablet PC, laptop, phablet, pemain mp3
11. Coklat, buah-buahan dan manisan
12. Kaca mata
13. Potpourri

Idea barang untuk diberikan kepada pengantin perempuan :
1. Al-Quran
2. Songket atau fabrik bermutu(mungkin batik yang dilukis khas,sutera Shantung, dan sebagainya)
3. Telekung dan sejadah
4. Tuala dan kelengkapan set bilit tidur seperti cadar, selimut dan sarung bantal
5. Tudung
6. Minyak wangi dan toiletries
7. Baju jubah,dress,baju kurung,baju 'designer'
8. Beg tangan dan sepatu (kalau ada duit lebih sikit melaburlah beli barangan berjenama)
9. Gadjet - telefon bimbit, tablet PC, laptop, phablet, pemain mp3
10. Barangan make-up dan set penjagaan muka (cth-SK11)
11. Coklat, buah-buahan dan manisan
12. Kaca mata
13. Set barang kemas
14. Novel (ada juga tau!!! hehe!!!)
15. Dulu ada orang bagi kotak muzik...
16. Potpourri

Sebenarnya nak bagi apa pun tak kisah asalkan bersesuaian... Kalau ada bajet mengizinkan tu boleh lah beli barangan berjenama. Tak pe la, lagi pun barang tersebut akan diberi kepada orang yang dicintai juga... Tak rugi berbelanja untuk orang yang kita sayang... Tapi jangan sampai membazir dan menghabiskan duit pula!!!