21 April 2009

Pesta Kaul Mukah 2009

Salam



Sangat berbangga menjadi masyarakat Melanau..hrmmm...... mesti anda tertanya tanya kenapa aku memula kan entri ini dengan statement itu ??? Sebenarnya aku baru sahaja surf internet,mencari maklumat tentang pesta Kaul Mukal 2009 yang sedang berlangsung till 27 April ini.Banyak tol riview yang aku baca tentang Pesta Kaul ni.Sudah semestinya ada yang memuji keunikannya.Unik,lain daripada yang lain..

Melanaus..wherever we are.We should proud of our heritage.If not us,who else will carry the responsibility to take care these precious belonging of us...??? Walaupun keluarga aku tidak sepenuhnya Melanau kerana moyang aku berasal daripada Kepulauan Sumatera,namun it would not stop me from feeling proud of my Melanau's heritage...


Pesta Kaul sememangnya sedang rancak berlangsung sekarang.Trithlon,pertandingan ayam serama,melukis dan mewarna untuk kanak kanak dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang ditawarkan sempena Pesta Kaul ini semestinya menarik pengunjung dan insan yang inginkan secebis hiburan...(seperti aku.he!he!!)

Banner Pesta Kaul 2009
Pesta Kaul kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud yang akanmerasmikan Pesta Kaul 2009...


Berikut adalah sedikit info berkaitan Pesta Kaul:-
Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.

Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.

Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.

Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menghidangkan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.

-Ok lah,sempena Pesta Kaul yang akan datang ni,
terima lah pose maut
kenyit mata dari akak
(walaupun tak berkaitan!!!he! he!!)

0 kritikan dan umpatan: