27 February 2017

Pamuk : Budaya Khas Untuk Bersosial Masyarakat Melanau Matu-Daro

Memori saat kecil tentang jamuan makan kecil kecilan yang selalu keluarga saya buat masih saya simpan. Sudah menjadi tradisi rasanya dulu apabila ibu dan makcik-makcik saya menjemput sepupu dan rakan rakan mereka ke rumah untuk makan. Sama ada minum petang, barbeque party atau PAMUK. Sekarang, hanya aktiviti 'pamuk' sahaja masih dilakukan.

'Pamuk' ini boleh saya katakan sebagai aktiviti berulam. Bermaksud menu utama yang harus ada ialah ulam ulaman. Selain itu, mesti ada sambal belacan mentah( tidak digoreng) dan sagu (sebab kami orang Melanau!!! hehe!!!)


Udang mentah (bahasa Melanau-payak)) segar !!! Cuma direbus tanpa perlu menambah apa apa. Kalau nak letak sedikit garam je.


Ada cucur juga. Nyam nyam !!!




Sebenarnya selain ulam ulaman, sambal belacan dan sagu, makanan lain juga boleh disediakan. Kalau nak makan nasi, nasi pun boleh! Bergantung selera tuan rumah.

Kebiasaannya aktiviti 'pamuk' ni seorang yang perlu menjadi tuan rumah sebagai tempat pamuk. Tetapi anjung di jeti sungai, pondok di tepian sawah dan dimana sahaja tempat yang dirasakan sesuai juga boleh. 

Tetamu lain untuk aktiviti 'pamuk' juga boleh menyumbang makanan ke dalam senarai menu makanan untuk dimakan. Untuk minuman pula, suka hatilah nak air sejuk ke panas ke..hehe!!! 😊😉

Selain berseronok kerana aktiviti makan makan, 'pamuk' juga boleh mengeratkan silaturrahim  sesama keluarga dan rakan rakan dalam kalangan tetamu aktiviti 'pamuk'. Salah satu cara bersedekah juga !

0 kritikan dan umpatan: