11 August 2014

NO MORE FACEBOOK IN MALAYSIA ???


     Bercakap pasal FB sekarang kan, hangat pasal kerajaan mungkin mengharamkan FB. Bagi yang mengikuti berita semasa pasti tahu semakin banyak kes yang berkaitan hasutan menggunakan Facebook. 

Facebook disalahgunakan untuk menyebarkan propaganda tidak sihat dan hasutan kepada pihak tertentu.Sikap sesetengah pengguna FB di Malaysia yang bersikap "baling batu sembunyi tangan" dengan "post" perkara yang menyinggung sensitiviti dan maruah individu atau masyarakat. Sebagai contohnya yang menyentuh soal agama,budaya dan perkauman.

Kerana sebilangan pengguna ini semua pengguna terkena tempiasnya. Kebiadapan "keyboard warrior" sangat keterlaluan. Dek kerana mereka berselindung di balik akaun palsu FB dengan nama dan maklumat palsu, maka mereka berfikiran bahawa mereka bebas menaip apa sahaja yang mereka suka. Kalau secara berdepan pasti pengecut ini tidak berani bersuara. 

Bagi saya, FB ditutup tidak menjadi satu masalah kerana saya bukanlahseorang yang taksub terhadap facebook. Masih ada lagi bentuk media sosial yang lain boleh digunakan... sebagai contoh Friendster, MYSpace, Tagged, blogger, wordpress dan sebagainya.. malah wechat pun masih ada(dn yang lainnya seperti beetalk,vipers,ect)


Ibaratnya tak mati kita tiada FB. Tapi ada sesetengah pengguna yang saya perhatikan semalam memberi komen di salah sebuah page gosip hiburan terkenal bahawa perkara tersebut seolah olah membunuh periuk nasi mereka yang berjual secara dalam talian melalui media sosial FB... tepuk dada tanya selera. Saya tidak mahu menyebelahi mana mana pihak

Saya berharap perkara ini mampu memberi petanda kepada semua pengguna FB di Malaysia FB Malaysia agar menjaga adab dan tatasusila mereka ketika ber"FB". Hormati orang lain juga kerana internet bukan "didiami" kita seorang.

0 kritikan dan umpatan: