21 May 2014

TEMPE : MY JAVANESE FAVOURITE FOOD

RESIPI TEMPE DENGAN IKAN BILIS

Suka makan tempe? Tempe dah terbukti makanan yang berkhasiat... aku bukan orang jawa, tapi tempe antara makanan Jawa yang aku suka.. aku makanan apa pon semua aku suka hahahh..

Kalau pegi je makan kat kafeteria kat Unimas,mesti cari yg ni. Aku yg jenis garing dan rangup tu. Yang agak agak gemuk dan basah tu tak minat sangat tp boleh lah kalau dah mengidam dan craving sangat!!
Try buat kat rumah gak. Dua kali dah semenjak kat rumah sewa dari 2012, tak pernah lagi beli tempe segar untuk buat masak sambal, tahun ni la first time try that "sambal" style tempe. 
Tak berapa nak rangup gorengannya..dont know why??? 
Kena potong nipis nipis kot???

Jadi,start last week cuba buat sendiri. Resepinya sbenarnya sama je buat sambal bilis dan kacang goreng yg mak dan mak cik aku slalu buat kat umah... Jadi, apply la that resepi. Cuma tambah tempe je...

RESEPI SAMBAL KERING IKAN BILIS TEMPE

Hambek kau.. ada orang buat sambal ni macam basah-basah pastu tempe tu gemok-gemok lembab gitu kan? pastu manissss semacam... oh tekak aku takleh... aku kureng sikit yang macam tu... aku suka nipis-nipis garing.. bila kunyah, krup krap krup krap.. rangup gitu.. ikan bilis pon kena beli yang kualiti sikit.. walaupon ko dah sambalkan tetap krup krap.. haaaa mcm tu aku suka ;)


So kalau kita mempunyai citarasa yang sama boleh diajarkan..

Bahan Goreng
1 paket tempe 
 ikan bilis (sebanyak mana yg anda suka)
kacang tanah goreng ( kalau nak letak la)

Bahan Tumbuk
3-4 biji bawang merah (nak pakai bawang besar pon boleh.. tapi pakai suku je)
3 biji bawang putih

1 senduk besar cili kering blend 
garam dan gula
1 senduk minyak masak
1 keping asam (pilihan anda,nak letak ke idak)

Cara-Cara
Potong tempe tu nipis-nipis.. janganlah nipis sampai pecah berderai.. agak-agak lah ye.. gaul ngan garam n kunyit sikit..pastu goreng tempe.. sampai garing.. then ikan bilis pulak... dah siap, letak tepi.

Panaskan minyak.. tumis bahan tumbuk dan masukkan cili kering blend.. masak hingga sebati.. api kecik je ok.. pastu masa tumis boleh letak garam dan gula.. garam tak perlu banyak sebab ikan bilis tu dah masin.. gula pon agak-agak.. siapa suka manis boleh letak gula banyak-banyak... aku letak gula just nak stabilkan rasa pedas tu je... gaul hingga cili betul-betul masak.. campak asam keping.. dah tu masukkan tempe dan bilis tadi.. gaul rata-rata... kalau agak-agak terlalu berminyak.. ko angkat letak kat tapis.. biar minyak tu tos.. 

Sekian.. mudah je kan masak ni sebenarnya? oh kalau aku, nanti dah siap aku amik asam keping tu aku buang.. hahaha.. sebab kalau lama-lama, kang masam sangat plak sambal aku ;) atau kalau jenis nak makan terus, takde nak simpan-simpan.. boleh gak korang masukkan kentang.. potong ala-ala wedges tu tapi nipis dan kecik-kecik... pon sodapppp!!! makan dengan nasi panas memang terangkat habaq hang... hahahahah... lagipon kalau korang nak travel senang.. atau korang bangsa pemalas gila.. boleh masak banyak-banyak.. pastu letak kat tupperware kemas-kemas.. boleh tahan 1 bulan kot hahahahah... asal lapar, bukak tupperware... lama-lama, mesti ko jadi bijak pandai.. kata makan tempe pandai kannnnnnnnnnnnn.... 
pemalas tapi bijak dimaafkan dik.. jangan pemalas tapi bodoh. hahah gurau je.. jangan marah!!! haha!!!

07 February 2014

ದಿ ಲಾಸ್ಟ್ banjir

Hujung tahun lepas telah berlaku banjir sekali lagi kat kampung aku seperti tahun tahun sebelumnya. Hanya dua tahun yang lepas je tak berlaku banjir. Mahu tidak mahu kejadian banjir pasti berlaku.

Bak kata orang tua tua, banjir pasti takkan surut selagi Tahun Baru Cina belum menjelma. Entah apa kaitan dan macamana orang orang tua kat kampung aku boleh relate teori tu-banjir dan tahun baru Cina. memang la sukar nak percaya tapi macam betol je??? Memang banjir akan surut masa tahun baru cina, rasenye la. Mak aku cakap,slagi belum Tahun baru Cina, selagi tu banjir tak surut. Banjir banyak merencatkan aktiviti seharian aku kat kampung. nak buat mcm mana, dah ketentuan Yang di-Atas... pasti ada hikmah disebaliknya. 

Banjir di kampung aku la antara paling unik sebab airnya tidak berkelodak dan tidak berwarna kopi( eh?) haha!!! Walaupun tak jernih tapi air dia ok dari air banjir di semenanjung Malaysia... masih boleh nampak lagi bayangan rumah dalam air tu kalau kita tgk. Seakan akan airnya jernih, walhal tidak. Airnya berwarna seperti air teh (tak boleh diminum tau!!! haha!!)






20 January 2014

Idea barang hantaran


Salam semuanya... :)

Kembali menulis setelah lama menyepi. Untuk kali ini, nak buat tema perkahwinan. Maksudnya apa yang aku tulis kat sini berkisar majlis perkahwinan. Al-maklumlah dua tiga orang kawan aku bakal mendirikan perkahwinan. 

Hari tu semasa belum balik rumah di kampung, ketika masih di Kuching, aku sempat temankan kawan aku untuk beli kain baju pernikahannya dengan tolong mencari kedai yang menjual baranagan untuk hantaran. Adalah pergi satu kedai ni yang menjual kelengkapan majlis persandingan,pertunangan,hantaran dan yg berkaitan dengannya. Dalam kedai ni pun banyak bunga plastik. Cantik cantik semuanya. Harga pun berpatutan. Kedai tu berdekatan balai polis Kuching yang tepi Plaza Merdeka tu... tak sempat nak ambil gambar dalam kedai tu. Aku sempat la rembat bunga plastik 7 jambak. Ideanya untuk hiasan hari raya ni. Beli awal sbb nanti tak kalut nak cari hiasan rumah. hehe!!!. Aku ni jenis yg suka hias rumah. Ada ada saja idea untuk hari lebaran. Bunga kat sini serendah dari rm3 sejambak kecil. `Plan' nya nak kumpul bunga tu sikit sikit-bei sikit sikit lama lama jadi bukit!!! haha!!! maksudnya beli dlm kuantiti sikit sikit je. Tak mampu nak beli banyak banyak. 

By the way, kawan aku jadi beli dulang hantaran yang dah dihias kat situ. Sebenarnya aku nasihatkan dia untuk buat sendiri je. Tak banyak pun kena buat kalau gubah barang hantaran sendiri. Kosnya lebih murah kalau buat sendiri... Ada gak kawan tanya kenapa aku familiar dan biasa dengan persiapan perkahwinan,hantaran dan baju untuk majlis perkahwinan? Sebabnya aku minat dan aku dah biasa dari kecik lagi tentang hantaran sebab mak aku dan makcik aku biasa buat gubahan dulang hantaran. Family aku pun kerap orang pinjam dulang hantaran tembaga untuk majlis perkahwinan. So,it is no big deal for me actually... !!!

Jadi, aku nak share sikit apa yang boleh dijadikan barang hantaran baik dari pihak lelaki kepada perempuan atau dari pihak perempuan untuk lelaki.



Idea barang untuk diberi kepada pasangan lelaki :

1. Al-Quran
2. Songket
3. Kain pelikat
4. Tuala dan kelengkapan set bilit tidur seperti cadar, selimut dan sarung bantal
5. Songkok dan sejadah
6. Minyak wangi dan toiletries
7. Kelengkapan barangan seharian lelaki seperti dompet,tali pinggang,tali leher,cuff-link dan sebagainya
8. Baju batik, kemeja, T-Shirt dan juga seluar (jangan seluar dalam o.k!! haha!!!)
9. Kasut, capal, sandal, dan stoking
10. Gadjet - telefon bimbit, tablet PC, laptop, phablet, pemain mp3
11. Coklat, buah-buahan dan manisan
12. Kaca mata
13. Potpourri

Idea barang untuk diberikan kepada pengantin perempuan :
1. Al-Quran
2. Songket atau fabrik bermutu(mungkin batik yang dilukis khas,sutera Shantung, dan sebagainya)
3. Telekung dan sejadah
4. Tuala dan kelengkapan set bilit tidur seperti cadar, selimut dan sarung bantal
5. Tudung
6. Minyak wangi dan toiletries
7. Baju jubah,dress,baju kurung,baju 'designer'
8. Beg tangan dan sepatu (kalau ada duit lebih sikit melaburlah beli barangan berjenama)
9. Gadjet - telefon bimbit, tablet PC, laptop, phablet, pemain mp3
10. Barangan make-up dan set penjagaan muka (cth-SK11)
11. Coklat, buah-buahan dan manisan
12. Kaca mata
13. Set barang kemas
14. Novel (ada juga tau!!! hehe!!!)
15. Dulu ada orang bagi kotak muzik...
16. Potpourri

Sebenarnya nak bagi apa pun tak kisah asalkan bersesuaian... Kalau ada bajet mengizinkan tu boleh lah beli barangan berjenama. Tak pe la, lagi pun barang tersebut akan diberi kepada orang yang dicintai juga... Tak rugi berbelanja untuk orang yang kita sayang... Tapi jangan sampai membazir dan menghabiskan duit pula!!!

25 May 2013

Dari seribu satu cara masak telur

Kehidupan  sebagai mahasiswa yang menetap di luar kampus memberi kebebasan kepada aku untuk memasak sendiri, buat minuman sendiri... segala-galanya perlu berdikari... Jadi nak kongsi sikit apa yang aku selalu masak dan minum kat rumah sewa.. Ye la, nak makan kat luar pun kadangkala macam mahal sangat. Tak de maknanya menu satu Malaysia tu... kemain lagi promosi kat tv tapi harga yg dijual sangat menyedihkan...


Makanan 

Burger telur atau sosej.

Bahan-bahan:

Roti bantal (untuk save bugdet)

Sebiji telur

Bahan tambahan untuk dimasukkan dalam telur :

#serbuk lada,

#kismis,

#kurma(pilihanjika tiada kismis)

#gula secukup rasa,(kalau sudah ada kismis tak perlu tambah gula)

#daun saderi

#bawang besar

#oat

#imun

#tomato

Untuk burger sosej tak perlu bahan lain. Bawang besar yang digoreng adalah pilihan jika anda suka.Selain itu timun dan tomato untuk diletak didalam burger.

Cara membuat:
1. Pecahkan telur didalam bekas. Pukul.
2. Kismis@kurma,daun saderi dan bawang besar dipotong mengikut saiz yang disukai. Kemudian campurkan bahan tersebut(kecuali bawang besar,dimasukkan bersama juga boleh) ke dalam telur bersama oat,lada dan gula.
3. Goreng bawang besar sehingga naik bau. Angkat dan letak ditempat lain. Kemudian barulah telur digoreng. Setelah semua aktiviti menggoreng selesai, panaskan roti bantal di dalam kuali atau bakar guna pembakar roti. Kemudian hidangkan burger anda dengan tomato dan timun yang telah dihiris(jumlah mengikut apa yang anda suka). Akhir sekali bubuhlah sos tomato atau cili atau kedua duanya sekali. Mayonis juga enak dimasukkan. :)

23 April 2013

Pesta Kaul

Seronoknya..... hehe...Bercakap pasal Pesta Kaul pasti banyak versi dan keseronokannya. 

Tahun ni Kaul menjelma lagi.... Bila April je mesti ingat Kaul... dulu masa form 6 sanggup tu balik kampung semata mata nak ke Kaul bersama sama family... Kawan kawan lain ke Kaul pakai baju sekolah (sebab keluar pun mesti pakai baju sekolah bagi yang tidak balik kampung). Ada gambar tu tapi tak tahu mana dah... Dalam Friendster lama kot tapi smua gambar dalam Friendster lama dah kena delete... 

Kaul, tiada seuniknya

Teruja!!!! :)