06 January 2013

Bunga mawar @ ros

Bunga seringkali dikaitkan dengan keindahan. Bunga juga dikatakan mempunyai aura tersendiri. Bunga dijadikan lambang kebangsaan seperti negara kita Malaysia yang menjadikan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Bunga tidak dinafikan menjadi sebahagian hidup kita. Pelbagai fungsi dan kegunaan bunga diaplikasi dalam kehidupan kita. Aku sendiri tidak menafikan bunga adalah salah satu obsesi aku. Sama ada menanam bunga, menjadikan bunga sabagai hiasan, tertarik kepada motif dan rekaan yang mempunyai imej bunga sehingga menghasilkan kraf yang berbentuk bunga. Bunga yang paling aku suka adalah bunga ros. Selain itu ibu aku yang tersayang dipanggil dengan nama 'Ros'..  hrmmm :)


Suka sangat buat bunga ros tiruan ni sama ada dari material kertas,plastik,riben mahu pun fabrik.. Gambar bunga ros seperti si atas selalu aku buat. Pernah buat ros seperti dalam gambar tu untuk pameran Ko-Q di universiti aku..ramai yang memuji dan siap ada orang yang belajar lagi cara nak buat ros itu walhal booth kami adalah untuk menerangkan aktiviti kokurikulum kami...


Mak aku sekarang pun tengah bisnes brooch ros macam kat gambar atas tu..Comel kan?? adalah aku cari tutorial dia dalam internet beberapa hari ni tapi macam susah pula nak buat. Cuti nanti nak buatla..


23 May 2012

Pengalaman menemui KUMBANG EMAS

Lama dah tak post kat blog ni..hehe... sibuk sangat dengan kehidupan sebagai seorang siswa. Exam dah nak dekat. Makin dekat exam terasa makin malas. Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk melawan kemalasan dan pertingkatlah kerajinan diri ku...

~

Tadi masuk ke web UNIMAS. Terbaca pasal artikel penemuan katak terbaru di Borneo oleh seorang saintis Indraneil Das dari UNIMAS ketika  ekpidisi ke hutan hujan Gunung Singai di Sarawak. Teringat pula kenangan masa sekolah rendah dulu. Masa itu baru darjah enam. Aku dan kawan kawan tengah menunggu untuk kelas tambahan selepas Maghrib. Sementara menunggu, kami borak borak dan menikmati petang bertukar malam. Biasalah bila waktu senja. unggas semua keluar. Senja adalah waktu "kerja" bagi unggas dan serangga. Ketika itu pertama kali dalam hidup ku terjumpa kumbang berwarna emas berbintik hitam. Ya,betul betul berwarna EMAS !!!! Kumbang itu kecil sahaja. Bagaikan replika kumbang yang diperbuat dari emas. Subhanallah. indah sekali ciptaan Allah itu. Biasalah budak budak kan, waktu itu belum tahu lagi nak menghargai keindahan alam. Baru sekarang aku terfikir betapa ruginya aku tak simpan kumbang itu. Masih tertanya lagi, macam mimpi pun ada. Kemudian aku tunjuk lah kepada kawan kawan aku. Mereka pun cakap tak pernah lagi jumpa kumbang sebegitu rupa. One in A Million. Mungkin kumbang itu telah dijumpai orang lain dan dan sudah diarkibkan dan mungkin aku belum tahu orang lain seperti saintis telah menemuinya terlebih dahulu, Wallahualam...

23 April 2012

wait for next post...nak update gambar je lah... :)
Christmas last year...window shoopping je kat The Spring, Kuching

Tingkat berapa pun entah tak ingat...
Cantik tak food court ni...??hehe best..macam macam ada...ada makanan Jepun. Korea,  Indonesia,  minuman  dan banyak lagi..
~hohoho~

Lama dah tak jenguk blog ni dan post kat dalam ni..dulu kmain lagi..kalah update facebook... hehe... skarang dah jadi student balik... sebenarnya kurang masa nak update blog... gambar banyak tapi belum edit. Banyak benda nak buat sebab hujung minggu penuh ngan aktiviti... Minggu ni pun ada aktiviti.. Nak beli barang untuk bisnes lagi.. Nak keluar masih tak tahu nak ajak sapa.. hrmm...