20 March 2017

Waterfront Oya


Gambar pemandangan Kuala Oya. Ni diantara kampung Kuala Oya dan Kampung Senau Oya. tempat jeti feri lama...



cantik juga pemandangan waterfront OYA



Ini pula gambar Regatta Dalat




Selepas DALAT kita ke MUKAH pula ....



















Fenomena Air Pasa di Pekan Daro,Mukah, Sarawak.

Pertama kali tengok fenomena air pasang di Pekan Daro. 

Besarnya air !!!

Macam nak banjir dah. Masa tu, mak dan ayah saya tengah cari ikan segar untuk dibeli dari peraih ikan. Jadi, sempat lah jugak snap snap kawasan sekitar. Seperti biasa Pekan Daro kalau petang memang sibuk dengan orang. Ada yang pergi ke kedai membeli barang, dan ada yang membeli ikan dari penjual. 

Semua gambar diambil bulan Februari lepas.












15 March 2017

Dunia Tumbuhan Hiasan : Jom Tanam Bunga

Salam 😃

Kali nak memperkenalkan beberapa anak bunga saya, Anak anak bunga je mampu tau!! Anak anak sendiri belum ada lagi, kahwin pun belum ni !! haha!!!
Hobi menanam dan mengumpul tumbuhan hiasan ni dah memang sejati dengan jiwa saya dan merupakan hobi saya sejak dari bangkus ekolah rendah lagi.
Semua ni gara gara minat orang sekeliling saya. Dari arwah nenda saya, ibu saya saya,pakcik dan sampailah ke makcik makcik saya memang minat dengan tumbuhan hiasan ni.

Rasa tenang dan gembira bila kita melihat perkembangan tumbuhan hiasan jagaan kita !😇


Pertama sekali, gambar bunga HYDRANGEA. Bunga yang saya minat sama ada yang hidup atau yang artificial. Bunga ni lah orang sering guna untuk dekorasi selain bunga ros. Juga dikenali sebagai  bunga Siti Zubaidah, bunga Tiga Bulan dan bunga Kuala Lumpur. 
Ni dalam proses nak buat anak pokok. Saya rendam dalam larutan garam EPSOM dulu sebelum menanam...

 
Hydrangea ni berwarna pink/ merha jambu





Anthurium Lily/Calla Lily yang terkenal. Sekarang, bunga lily ni tengah "in" dan menjadi trend sebagai bunga tangan dan hiasan pelamin, sama ada yang jenis artificial atau bunga lily segar.




Mempersembahkan anak anak kesukaan saya !(semua anak anak saya suka lah!! hehe) Inilah bunga VINCA atau juga dikenali sebagai PERIWINKLE. Orang Malaysia juga memanggil bunga ni sebagai bunga CINA/KEMUNTING CINA. di Indonesia dikenali sebagai bunga TAPAK DARA. berpuluh jenis 'shade' warna bunga ni sebenarnya. Kalau merah tu bermacam macam jenis 'shade' merah ada. Ada yang ada 'mata' kat tengah. 'MATA' merujuk kepada corak putih di tengah tengah bunga vinca ni. Kadang ada kadang tiada 'mata'!



Selain tumbuhan berbunga, saya juga mengumpul tumbuhan berdaun. Yang macam paku pakis ni sebenarnya bukan dari spesies paku pakis. Si dia ni dari keluarga ASPARAGUS . Tapi nama komersialnya ialah ASPARAGUS FERN, bukan asparagus yang dimakan tu juga bukan fern/paku pakis :) 


Si cantik biru ni bunga yang unik. Sebab dalam kitaran hayat hidup bunga tu, ia bertukar dari putih ke warna biru. PLUMBAGO nama diberi. Cantik sebagai tanaman gantung. Tapi kalau nak tanam terus atas tanah pun cantik juga



Ni lah nama PETUNIA. bunga gantung paling cantik. Tapi sayang kalau kena serangan bena memang kiok jaharu jawabnya. Warna petunia yang pelbagailah membuat peminat taman naik hantu tengok kecantikan juntaian petunia.


BRAZILLIAN SNAPDRAGON - AMAZON BLUE. Bukan bunga snapdragon yer, cuma seiras je.. saya pun tak pasti, mungkin sepupu. hehe 







BOUGAINVILLEA atau BUNGA KERTAS  'Butterfly'. Dipanggil 'Butterfly' disebabkan kelopak bunganya seperti kepak rama rama.


Masih belum tahu nama komersial bunga yang berjuntai ni. Bunganya putih macam geng geng bunga melur tapi yang ni tak berbau wangi. Cantik sangat effect juntai bunga ni.. Pertama kali tengok  terus jatuh cinta ! Cinta pandang perta gitu !! Baru lagi ni.. beli di Mukah semasa hari BAHAGIAN MUKAH.
















Si hijau keputihan dalam gambar bawah ni dipanggil 'SILVER LEAVES'. Sejenis tumbuhan herba. 


Bunga KEKWA yang sentiasa lawa. Juga dikenali sebagai CHRYSANTHEMUM. 


LANTANA CAMARA dalam dua warna berbeza. di kiri jenis dua warna, kuning dan merah jambu dan dalam gambar kanan jenis berjuntai berwarna ungu.


MARIGOLD (bunga kuning tu) atau bunga tahi ayam didalam satu gambar bersama bunga yang juga dikenali sebgai bunga tahi ayam iaitu LANTANA CAMARA.



Rasa macam give-up dah nak jaga ros, Senang mati ! kena serangan kulat sikit meninggal !!


Kuasa ALLAH SWT, masih kecik dah berbunga. daun pun belum tumbuh... Subhanallah... :)