25 May 2013

Dari seribu satu cara masak telur

Kehidupan  sebagai mahasiswa yang menetap di luar kampus memberi kebebasan kepada aku untuk memasak sendiri, buat minuman sendiri... segala-galanya perlu berdikari... Jadi nak kongsi sikit apa yang aku selalu masak dan minum kat rumah sewa.. Ye la, nak makan kat luar pun kadangkala macam mahal sangat. Tak de maknanya menu satu Malaysia tu... kemain lagi promosi kat tv tapi harga yg dijual sangat menyedihkan...


Makanan 

Burger telur atau sosej.

Bahan-bahan:

Roti bantal (untuk save bugdet)

Sebiji telur

Bahan tambahan untuk dimasukkan dalam telur :

#serbuk lada,

#kismis,

#kurma(pilihanjika tiada kismis)

#gula secukup rasa,(kalau sudah ada kismis tak perlu tambah gula)

#daun saderi

#bawang besar

#oat

#imun

#tomato

Untuk burger sosej tak perlu bahan lain. Bawang besar yang digoreng adalah pilihan jika anda suka.Selain itu timun dan tomato untuk diletak didalam burger.

Cara membuat:
1. Pecahkan telur didalam bekas. Pukul.
2. Kismis@kurma,daun saderi dan bawang besar dipotong mengikut saiz yang disukai. Kemudian campurkan bahan tersebut(kecuali bawang besar,dimasukkan bersama juga boleh) ke dalam telur bersama oat,lada dan gula.
3. Goreng bawang besar sehingga naik bau. Angkat dan letak ditempat lain. Kemudian barulah telur digoreng. Setelah semua aktiviti menggoreng selesai, panaskan roti bantal di dalam kuali atau bakar guna pembakar roti. Kemudian hidangkan burger anda dengan tomato dan timun yang telah dihiris(jumlah mengikut apa yang anda suka). Akhir sekali bubuhlah sos tomato atau cili atau kedua duanya sekali. Mayonis juga enak dimasukkan. :)